bila sifat malu tdk berfungsi...
bila sifat malu tdk berfungsi...
Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan
sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada
bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan
lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan
lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di
perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan
peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka
akan terus mencuba dan terus mencuba.
Apakah keistimewaan wanita
sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain
daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.
Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah
kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
Wanita,
apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia
berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia
memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak
menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang
menarikperhatian.
Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan
kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir
panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia
akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia
takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang
mengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam
tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ?
Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang
kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan
mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam
keadaan begitu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
Hadis
ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok
akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan
sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu
sifat yang perlu ada pada diri manusia.
Barangkali wanita hari
ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup
melakukan apa saja dosa dan maksiat.
Atau barangkali jika sifat
malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau
demikian, bererti tiada iman di dada mereka.
Jelasnya, mereka
tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak
cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman
yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada
iman.
Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu
secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan,
buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti
majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti
rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri
berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh
wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada
lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak
berfungsi sepenuhnya.
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh
mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan,
berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.
Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.
0 Response to "bila sifat malu tdk berfungsi..."
Post a Comment